Wednesday, November 25, 2009

Will U Still **** Me In The Morning?

Sesuatu berlaku di kebelakangan ini.
Mengharuskan saya berdiam diri buat sementara waktu.
Mungkin sementara mungkin selamanya.
Bukan berniat melarikan diri dari apa yg terjadi.
Tetapi cuba bertanya kepada diri sendiri.
Apa,Mengapa,Kenapa,,Bagaimana.
Terkadang terfikir,dan terus berfikir.
Tapi kesudahannya tetap sama.
Hidup ini tidak sempurna.
Walaupun kita cuba berlaku sebaik mungkin.

Pengorbanan.
Again...
Tidak tahu untuk kali ke berapa.
But Im happy.
Kalau pengorbanan itu utk yg disenangi.

Sudah saya katakan.
Saya sentiasa meletakkan kamu di hadapan saya.
Bermakna kebahagian kamu menjadi satu kemestian,keutamaan bagi saya.

Anda pernah berkorban?
Cubalah,walaupun pahit
Tetapi ia berbaloi kalau ia untuk yg disenangi...

Monday, November 23, 2009

Ini Bukan Entry Tangkap Muat

Kepada orang-orang yang tak disenangi,

Ye,mmg tak disenangi.80 kali berfikir secara tenang,barulah saya terpanggil utk menulis.Walhal,mmg agak buang masa memikirkan pasal kamu.Tapi,saya harus pikirkan pasal kamu.

Saya sudah abis buntu bagaimana nak cakap betapa saya sgt malas melayan kamu,betapa saya rasa bosan melihat ayat kamu,betapa tensionnya bila nampak nama kamu.Tetapi,walau banyak betapa pun saya tulis..kamu tetap kamu.Mmg effort gila lah.Apa yg cuba kamu buktikan pada saya?Tak perlu lah nak impresskan saya dengan kata-kata renungan kamu,nasihat kamu sebagai tanda concernnya pada saya.

Memang saya memerlukan nasihat,tetapi tidak perlu berhari-hari kamu nak tunjukkan betapa kamu caring pd saya.Saya bukan kanak-kanak kecil.Kanak-kanak kecil pun,kalau disua hari-hari choc,mahu tak bosan.

So,saya nak nyatakan kepada kamu,saya sgt bosan dengan kamu.Tolonglah cari medium lain utk aktiviti anda itu.Mmg agak kejam seruan saya,tetapi tolonglah sensitif sikit.Tolonglah paham,saya tidak selesa dengan kamu.Ntah,saya sudah hilang kata-kata nak takrifkan betapa BOSANNYA saya dengan kamu.GET LIFE!!!

Terkadang,agak pelik juga.Acapkali kamu berkata,menulis saya rasa macam tak masuk dalam hati saya.Tetapi tidak org lain.Apa tandanya?Itu tandanya,kamu memang saya tidak senangi.

Tolonglah faham bahawasanya,kamu memang tidak saya senangi.Be sensitive sikit.

Dari yang tidak menyenangi kamu.

Saturday, November 21, 2009

Ini Jawapan Bagi Kekusutan Di Bawah




Congratulation,Dear...

Tuesday, November 17, 2009

Entry Tanpa Nama

19th : Mum`s appoinment @ Malacca GH

20th : Mum`s appoinment @ Neurosurgical HKL
: 9am - 12pm Regulatory Course @ AABC
: 2pm - 3pm Talent Pool Briefing

21st : Engagement Ceremony

25th : PCB

27th : ~~~~~

28th : PCB

Monday, November 16, 2009

Bukan die hard fan of HUJAN

Dear kawan2,
Hujan buat saya lembab,buat saya nampak hodoh,buat saya nampak mcm hilang arah tujuan.
Hujan buat rambut saya nampak leper,flat,nampak mcm minah rempit.
Hujan buat saya xnampak di depan mata,waima dlm sector 10m.Apatah lagi nun jauh di sna.
Hujan buat saya rasa sgt pissed off dgn keadaan sekeliling.Tetapi tidak org sekeliling.
Hujan buat saya bosan.Nak calling2,tiada peluang.Bila ada panggilan masuk,ada sms,saya buat bodoh.
Hujan buat saya malas nak pg kerja!Itu nyata.
Hujan...buat saya rasa sgt melancholic!

Saturday, November 14, 2009

1..2..3..lekuk...(cont)

Ntahlah.Nak memulakan entry kali ini,membuat saya berfikir banyak kali.Tak,sebenarnya tak tahu bagaimana utk memulakan.Dalam erti kata lain,kemalasan yg membuak2.Saya kumpulkan segala kekuatan,keazaman etc bagi mengelakkan laman ini menjadi sawang.

Mungkin disebabkan dengan sifat yg suka memendam,membuat saya agak sukar utk melontar sebijik2 intipati yg ada di dalam kepala ini.Dalam perjalanan ke office td,punyalah beria nak cakap topik itu..topik ini.Tetapi,itulah.Nak memulakan agak payah.Hasilnya??Saya sudah lupa apa yg hendak dititip di sini(wah ayat...)

Apa yg saya pasti,lately saya sudah hilang sense of humor.Jangan kata untuk melawak,untuk ketawa dgn lawak org pon payah.Ada kenalan pernah berkata:"seriusnya..tak sukalah cakap ngan u time serius ni".Ntahlah terkadang rasa kasihan dengan diri ini.Saya cuba utk mengkaji mengapa,bagaimana...akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri.Yelah nama pun kesimpulan sendiri,who care kan?

Antara factor2 yg agak logik:

1. Factor usia
2. Marital status (logic ke)
3. Tak paham intipati lawak
4. Tuan punya badan mmg serius orgnya
5. Faktor ketidakselesaan.
6. Mood melayang..
7. dll.

Pelik,tp benarkan ajalah.

Terkadang,pelik memikirkan muka saya ni muka minta dibuli ke?Sungguh tidak paham.Btw,Sue bab ini tiada kaitan dengan kamu.Percayalah.Ke saya ni suka memberi muka,merelakan aja.Betulke perkataan BULI yg saya guna ni?Tolonglah jangan ambil kesempatan dengan kebaikan yg saya berikan.Saya takut,bila kebaikan menjadi kejahatan.Manusia berubahkan..(hopefully saya tidak sampai ke tahap itu)

Ini maybe sebab tiada sensitiviti dalam hati mereka.C`monlah.Takkan tak boleh fikir.Alasan sudah diberikan.Don`t be too selfish.Cukuplah..Tidak cukup tegas ke saya ni?Hidup saya tidak seperti anda.Banyak komitmen yg perlu diambil peduli.Di rumah sana,banyak perut perlu diisi.Takkan tidak paham dengan keadaan saya?Dengan kesibukkan saya?Perlu ke dijelaskan satu persatu jadual saya?

Setiap apa yg saya katakan,itu adalah BENAR.Bukan saya berdolak dalik.Sudah saya nyatakan sebab apa.Perlu ke di argue atas setiap apa alasan yg saya berikan.Terkadang saya fikir anda ini,tiada sensitiviti,sungguh kanak-kanak.

Closed case.

Apa yg pasti,kadang saya lupa WHAT I WANT IN MY LIFE.Think!!!

Note: Can`t hardly wait...n*k*m*r*

It just a test

Dear all,
 
I try to send my entry thru email add.Just a testing.
 
Thanks & Regards.